Sunday 25 October 2015


MAJLIS PELANCARAN KELAB CERIA DAPUR SELEBRITI NATILI





Pada 6 Jun 2015, Kelab Ceria Dapur Selebriti Natili telah membuat pelancaran di LAGENDA ASMARA COFFEE DOME. Kelab ini adalah antara usahasam antara MAQIB iaitu yang terletak di MELAKA.Kelab ini merupakan salah satu dari 30 kelab di bawah naungan RMK iaitu ROYAL MALACCA KING'S DOME. 

Tujuan utama penubuhan kelab ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara ahli kelab dan masyarakat. Selain itu juga, ia bertujuan untuk membantu masyarakat dalam membasmi kemiskinan, Kelab ini juga mengumpulkan ahli terutama golongan ibu tunggal yang mempunyai tanggungan. Selain itu juga, kelab ini mengumpulkan ahli yang kekurangan modal untuk menjana pendapatan sampingan. 
Banyak aktiviti yang akan dijalankan bagi mengembangkan potensi untuk semua yang berminat.